NASWA ENTERPRISE

Salam perkenalan. Saya Nasarudin bin Ismail pemilik NASWA ENTERPRISE wakil tunggal produk BG-plus.

Ibu pejabat kami beralamat di Lot 740-C, Nilam Puri 16010 Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada anda yang sudi melayari web ini. Saya percaya anda sedang mencari produk untuk merawat atau mencegah penyakit 3 serangkai iaitu DIABETES, TEKANAN DARAH dan JANTUNG.

Sebenarnya ubat-ubat ini berlambak di pasaran hari ini. Malangnya kebanyakan harga agak mahal, kurang berkesan, mengandungi bahan-bahan kimia dan lain-lain lagi. Kebanyakan pengeluar meletak harga yang mahal walaupun kosnya murah sahaja. Lebih malang lagi, kandungan produk tidak seperti yang dinyatakan. Akibatnya kewangan pengguna terbeban dan kesihatan pula terjejas dengan kesan-kesan sampingan. Ini bukan tuduhan melulu kerana anda sendiri boleh tengok kebanyakan ubat dijual dengan harga agak mahal dan berita rampasan produk-produk kesihatan yang kononnya selamat tetapi mengandungi bahan-bahan terlarang.

Untuk mengurang bebanan kewangan pengguna, Syarikat BLB SDN BHD mengeluar produk BG-plus. Harganya amat berpatutan jika dibandingkan kualiti dan fungsi produk. Pemiliknya adalah Ustaz Asmadi yang mempunyai kilang sendiri. Tidak ada pihak ketiga menjadikan kos pengeluaran jauh lebih rendah. Kilang ini mengeluarkan pelbagai produk kesihatan. Dengan berlatarbelakangkan agama yang tidak mementingkan keuntungan melampau, setiap produk yang dikeluarkannya menjadi MURAH, SELAMAT DAN BERKESAN.

BG-plus bukan ubat tetapi ia adalah makanan kesihatan. Ia hasil gabungan dari herba-herba terpilih dari kunyit hitam, peria katak, roselle, moringgo dan arabic gum. Herba-herba ini sudah terbukti dan diketahui umum dapat menyembuh penyakit 3 serangkai dan yang berkaitan dengannya. Dari segi keselamatannya pula amat terjamin kerana kilang yang memproses BG-plus ini telah memenuhi syarat- syarat bagi pensijilan MeSTI . Sijil ini dikeluarkan dan dipantau oleh KKM. Pihak UKM UNIPAQ dengan ujian makmalnya juga mengesahkan kandungan BG-plus selamat tanpa sebarang bahan kimia terlarang.

Saya amat yakin dengan keberkesanan BG-plus ini. Ramai pengguna yang sudah sembuh setelah mengamalkannya. Sebab itulah kami mempunyai polisi money back guarantee – wang anda akan dikembalikan jika anda tidak puas hati dengan keberkesanannya. Walau bagaimanapun saya tidak kata penyakit anda 100% boleh sembuh dengan BG-plus. Semuanya adalah ketentuan Allah swt. Sebagai orang Islam kita wajib berubat jika jatuh sakit.

Allah swt berjanji setiap penyakit ada penawarnya kecuali sakit tua dan mati. Apa yang penting jangan sesekali berputus asa untuk berubat. Untuk memudahkan anda supaya lebih cepat sembuh, jagalah berat badan, buat eksesais, sentiasa aktif, berpuasa, berbekam dan yang paling penting ialah JAGA DIET ANDA. Perkara ini disebut oleh Rasulullah SAW bahawa “Perut itu adalah sarang penyakit dan berpantang itu adalah penyembuh utama”. Maksudnya untuk nak sembuh sesuatu penyakit, jaga makan adalah faktor utama.

Penerangan ringkas ini diharap anda tidak ragu-ragu mencuba BG-plus. Dengan harga yang berpatutan dan keselamatan terjamin, jadikan BG-plus ini sebagai pilihan utama anda untuk mengatasi penyakit 3 serangkai.

Terima Kasih. Selamat Mencuba.

BG-Plus

Kenapa BG-PLUS begitu bernilai untuk anda ?

Rumusan herba tradisional dengan ramuan utama Peria Katak dan kunyit Hitam , semestinya memberikan khasiat terbaik untuk merawat penyakit anda.

  • 100% Herba warisan
  • Produk Bumiputra Muslim
  • Kajian UKM Unipeq
  • Halal dan lulus KKM

BERTINDAK SEKARANG !!
RAWAT SEBELUM TERLEWAT